Wednesday, November 17, 2010

Orang Amerika n Masjidil Haram

Tatkala kita di sini, sedang menghadap leptop, menonton tv dan melakukan lain-lain aktiviti di rumah, umat Islam di tanah suci mekah pula sibuk menunaikan haji. Teringat akan satu kisah lama yang berlaku beberapa tahun lepas yang boleh kita renung-renungkan.
Dari channel online Islamik, MAJD telah berlangsungnya suatu program yang bertajuk One Famili, diketuai speakernya, Dr. Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat). Beliau menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam. Ketika mereka menonton tv secara live, broadcast dari Kaabah, orang amerika tersebut menyatakan betapa kagumnya dia melihat sebegitu ramai berjuta-juta orang bersesak-sesak berada di dalam Masjidil Haram.

Dr Yahya bertanyakan kepada orang amerika tersebut, “Pada pandangan anda, berapa lamakah anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?”
“Sekurang-kurangnya 2-3 jam?”, orang amerika itu menekanya.
Dr Yahya menyambung, “Tapi masjid itu (Masjidil Haram) keseluruhannya mempunyai 4 tingkat”
Orang amerika pantas menjawab, “Oh, ini sudah tentu akan memakan masa 12 jam untuk menyusunnya!”
Dr Yahya sekali lagi menambah, “Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza”
Orang Amerika semakin bingung dan terus berkata "Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan dengan apa cara sekalipun!”
Tatkala mereka rancak berbincang, tiba-tiba imam di tv berkata "estawoo" (tetapkan dirimu). Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan berjuta-juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa beberapa saat sahaja untuk menunaikan solat isyak!
Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat dan kemudian terus berkata, “ash-hadu allah ilaha illa allah wa ash-hadu anna mohammadan rasulullah (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)”

Subhanallah!

Monday, November 15, 2010

Salam Ukhuwah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...salam ukhuwah diucapkan kpd yg sudi membaca blog yg x seberapa ni...nama diberi Muhammad Aminuddin...nama pendek, Amin.
Usaha.doa.tawakal....digunakan sbg nama blog sbb ia merupakan langkah-langkah yg perlu diambil oleh seorg yg menjadikan Islam sbg agamanya untuk berjaya...dan yg paling penting antara 3 itu adalah usaha..kerana tanpa usaha tiada guna utk berdoa dan bertawakal..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya..doa pula merupakan senjata umat Islam..hanya kepada Allah sahaja lah tmpat utk bermohon..akhir sekali tawakal..setelah berusaha & berdoa..kita perlu bertawakal kpd Allah dan yakin bahawa apa sahaja yg akan terjadi selepas itu sama ada Allah memberi kejayaan atau tidak adalah yg terbaik buat diri kita..insya-Allah
Semoga blog ini dpt mmberi faedah kepada semua..