Saturday, June 25, 2011

surah al-inshirah



maksudnya : “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).





Manusia itu....

Manusia itu...
dilahirkan dengan pelbagai kekurangan...
agar kita hidup untuk mencari cara mengatasi kekurangan itu...
bukannya menyembunyikannya...

Manusia itu...
perlu melalui pelbagai ujian kehidupan...
ada yang berat...ada yang ringan...
terpulang pada pandangan individu...
segenggam garam diletakkan didalam secawan air dan segenggam garam diletakkan di tasik..
mana satu lebih masin?

Manusia itu...
al-insan...mudah lupa...
kadangkala kita lupa...
siapa Sang Pencipta...
siapa kita...
kerna itu kita perlu saling mengingatkan...
kepada yang terlupa...
dengan kebenaran...dengan kesabaran...

Manusia itu...
makhluk terpilih...
dipilih untuk menjadi khalifah di muka bumi..
diangkat martabatnya...
tetapi...
ada yang sengaja merendahkan martabat diri..
menjadi lebih hina dari sepatutnya..

Diriku ini...
seorang yang penuh dengan kekurangan...kelemahan...
seorang yang kekurangan kelebihan..
seorang yang mudah lupa...
seorang hamba yang hina...
namun begitu..
ku sedari...
hidup ini dipenuhi ujian..
bukan berapa kali kegagalan yang dikira...
tetapi berapa kali kebangkitan yang menjadi penentu...
sekali gagal...sekali bangkit...
kuharap diriku mampu untuk terus bangkit...
insya-Allah....

:::::::::::| sabar itu sebahagian dari iman |::::::::::::