Wednesday, February 2, 2011

Insya-Allah

"Insya-Allah, sy akan buat"...ayat yg biasa digunakan apabila mendapat satu tugas atau sesuatu yg melibatkan komitmen seperti "Insya-Allah, sy dtg".."Insya-Allah"..satu perkataan bahasa Arab yg bermaksud dgn jika Allah menghendaki..tetapi ayat ini seolah-olah telah dicemari oleh mereka-mereka yg kurang fahaman mengenai betapa beratnya tggjawab apabila mengucapkan perkataan ini..sesungguhnya apabila perkataan ini diucapkan, kita perlu sedaya upaya utk melakukan tugas yg telah dijanjikan..bukan bersikap lepas tangan dan mengambil mudah..


"ah..insya-Allah je..bukan aku ckp nak buat pun..kalau Allah x izinkan mcm mane nak buat"..ayat biasa yg digunakan bila rasa tidak mahu melaksanakan apa yg telah dijanjikan..mereka-mereka yg menggunakan gaya seperti ini sememangnya tidak mengetahui betapa beratnya tanggungjawab yg perlu dipikul apabila perkataan "insya-Allah" digunakan..sebenarnya perkataan tersebut seolah-olah meletakkan kita sebagai berjanji dgn nama Allah..Yang Maha Mengetahui..jadi sanggupkah kita menipu setelah berjanji atas nama Allah?..

Firman Allah S.W.T yg maksudnya : "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya."(Surah Al-Mukminuun ayat 8-11)

Bagi mereka yang suka mengkhianati amanah dan tidak memenuhi janji pula..didalam hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut yg maksudnya : "Dari tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berbohong dan apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianat"

Oleh itu, mari lah kita sama-sama mengambil pendekatan untuk menukar skop pandangan kita mengenai perkataan "insya-Allah" ini..bagi yang mengucapkan perkataan ini, perlu mengetahui tanggungjawab yang berat menanti apabila perkataan ini di gunakan..kesimpulannya, apabila hendak berjanji sesuatu, gunakanlah perkataan "insya-Allah" dan hendaklah berpegang dgn janji tersebut..

Wallahualam..







No comments:

Post a Comment