Thursday, May 10, 2012

Kehidupan Seorang Lepasan Diploma


Setelah sekian lama x menjenguk blog ni, mcm ade satu keinginan plak ari ni nak update post baru. Maklum la, hidup sbg penganggur ni bosan jugak sbnarnye. Tapi insya-Allah, xlame dah nak menganggur ni. Lepas ni dah start keje part time kat Jusco, alhamdulillah dpt jugak keje drpd lgsung xdpt. Senang atau susah keje tu bole setel lepas ni.

Dah hampir sebulan lepas abis praktikal kat Henry Butcher Malaysia Sdn Bhd, kadang2 rase rindu jugak dgn staf2 kat situ. Mcm2 pengalaman dapat mase praktikal kat situ, mmg best. Mase last day kat situ dpt plak offer dari bos suruh pegi convocation dinner utk valuer ngan estate agent, mmg seronok la mase tu. Dpt mkn sedap2, menggantikan malam pra-graduan yg xdpt nak pegi ari tu sbb mase tu clash dgn time sepupu kahwin. Lepas je abis praktikal tu, mule la aktiviti yg dah lame rancang...rehat sepuas-puasnye. Tapi baru seminggu "rehat saje" kat rumah tu, perasaan bosan mule datang.

Mase tu teringat plak pasal ceramah mengenai pelaburan emas. Mule la search mcm2 pasal emas. Mule2 ingat nak melabur saham emas. Tp bile bace balik kat Malaysia buat mase ni hanye saham emas dari Kuwait Finance House je yg disahkan mengikut syariat Islam. Mase tu baru la terpikir, bahaye gak rupenye kalau main redah mcm tu je. Kalau nak buat sesuatu perlukan ilmu dahulu sbb tanpa ilmu seseorang bole tersesat. Nak dapat ilmu plak kene ade guru. Alhamdulillah, lepas tu terjumpe satu blog ni yg byk mengajar pasal pelaburan emas. Mmg dari blog tu byk sy dapat belajar pasal pelaburan emas ni.

Sejujurnya selepas byk membaca dan mengkaji perkara ni, sy sgt tertarik dgn pelaburan emas dan pelaburan perak, khususnya Dinar dan Dirham. Dinar merupakan syiling emas manakala Dirham plak Syiling perak. Mengikut sejarah, harga emas naik dlm lebih kurg 20% setiap tahun. Nilai emas dikatakan kebal daripada inflasi. Untuk contoh yg mudah, lebih kurg 1400 tahun yg lalu seekor kambing bernilai 1 dinar, harga seekor kambing pada zaman skrg ni still 1 dinar. Menarik kan? Cube bandingkan dgn wang kertas skrg ni. Xperlu pegi smpai 1400 tahun lalu, cukup la 10 tahun lalu. RM10 pada tahun 1992 dgn RM10 pada tahun 2012, ape perbezaan yg kite bole nmpak?

Lepas dapat mcm2 pengetahuan pasal emas ni walaupun sy tau ilmu yg sy dpt baru skit, perasaan nak terlibat dlm bidang ni mule timbul. Sy teringat lg mase 1st ceramah pasal pelaburan emas ni, ade sorg penceramah tu tanye kat student, kat tgn die ade duit bernilai RM50, sape yg nak duit tu? Sume student yg ade ckp "saya nak!" Penceramah tu tanye lg skali. Jawapan masih same. Penceramah tu tanye byk kali, smpai la ade sorg student pegi dkt die dan ambil duit tu. Pengajaran yg nak disampaikan oleh penceramah tu adalah, kalau nak sesuatu, jgn ckp je, kene mulekan lgkah pertama. Dan saya mengambil langkah pertama sy, berkenalan dgn org2 yg arif mengenai emas ni.

Alhamdulillah, lepas berkenalan, sy jdkan pemilik blog yg byk membantu sy sbg mentor. Beliau jugak merupakan salah seorg dealer Public Gold, memudahkan lg urusan pembelian. Alhamdulillah jugak, sy memulakan lgkah pertama dlm pembelian emas dan perak dgn membeli 10 dirham sbg belian pertama. Rase rugi sbb xdpt beli 1 dinar sbb pada mase ni harga emas dan perak mmg tgh jatuh. Dulu 1 dinar dlm RM800, skrg ni jatuh smpai RM700. Disebabkan bajet yg xmencukupi, 10 dirham je yg mampu. Insya-Allah bile ade rezeki nnti, sy akan beli jugak 1 dinar.



10 Dirham yg pertama..:)

Skrg ni kene fokus utk keje plak. Cari duit, pastu simpan skit, gune skit, bg kat famili skit. Dalam mase yg same kene prepare utk keputusan kemasukan utk degree. Risau plak. Dgn PTPTN xsetel lg. Berikan petunjuk serta kekuatan kepada hamba mu ini Ya Allah.

~ a journey of thousand miles begins with a single step ~

No comments:

Post a Comment